Tuesday, 22 January 2013

Andai waktu masih ada

Ya Allah. Sungguh !! Aku benar-benar sudah tidak mampu lagi untuk bertahan. Hampir 2 tahun Ya Allah. Setiap kali aku menanti hari esok, setiap kali itu lah aku bertambah lemah untuk melangkah. Andai kaki ini bisa berlari, ingin sekali aku berlari. Jauh meninggalkan segala masalah yang sedang menghantui diri.
Benar. Aku lemah !! Aku cuba untuk bertahan. Tetapi aku tewas !! Kehidupan lalu banyak melenakan aku dalam dakapan maya sekaligus membuatkan aku jauh di alam mimpi yang penuh dengan khayalan. Kini baru aku sedar erti sebenar kehidupan..

Nah !! Aku tewas lagi !! 

Di saat sahabat yang lain sedang gembira melewati zaman remaja mereka, aku disini sedang menggalas suatu tanggungjawab yang amat besar bagiku. Sedang sahabat lain merencanakan impian masing2 selepas tamatnya pengajian yang lalu, aku disini hanya mampu menitis kan air mata berlagu pilu. Sebak rasanya apabila tidak mampu untuk bersama-sama mengerjar cita2. Menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Aku akur. Mungkin ini jalan takdirku.

Aku cuba untuk merenung kembali dengan apa yang telah aku jalani ini. 
Ya !! Andai bukan saat ini kesempatan untuk aku mendapatkan apa yang aku ingin kan, aku pasrah, aku redha. Andai saat ini aku harus mengorbankan usia ku untuk berbakti kepada kedua-ibu bapa, maka itu lah yang terbaik ''wajib'' aku pilih. Aku perlu meneruskan langkah walaupun hampir saja aku tersungkur . 


Aku menguatkan langkah demi Ayah. Ya !! Ayah yang SANGAT aku sayangi. Dia lah pengubat hati dikala aku berduka lara. Ya Allah. Aku ingin menjadi anak yang solehah tetapi tetap saja selalu aku tidak mampu untuk menjaga hati mereka. Aku tidak mampu membahagiakan mereka sepertimana mereka telah membahagiakan aku suatu ketika dahulu. Benar lah ya Allah, ibu@ayah bisa menjaga ramai anak2nya tetapi anak yang ramai belum tentu bisa menjaga ibu@ayah yang seorang. Aku berpegang pd kata-kata itu bukan kerana aku melepaskan tanggungjawab yang sedang aku galasi ini tetapi adalah kerana aku sedang laluinya tika ini. 

Ayah tidak mampu lagi untuk mencari rezeki buat kami. Aku lah yang terpaksa menggantikan tempat ayah untuk menyara keluarga. SubhanAllah, baru ku tahu erti tanggungjawab yang sebenar. Andai dulu hanya ibu yang tidak bekerja kerana menguruskan keluarga, kini ayah pula diurus oleh ibu kerana tidak mampu lagi untuk bekerja. Allahuakhbar !! Besar sungguh ujian buat hambaMu ini.
Namun, aku sangat2 bersyukur. Kerana sememangnya aku tidak keseorangan. Aku ada peneman. Sentiasa menemaniku pada bila2 masa, dimana2 sahaja. Ya !! Aku adaMu, ya Allah. Aku tahu Engkau Maha mengetahui tentang apa yang hambaMu luahkan & apa yang hambaMu pendam kan. Takkan pernah bisa untuk hamba menzahirkan segala2nya tetapi hamba yakin Engkau mendengar & mengetahui segala2nya walaupun tanpa perlu utk hamba berbicara.
Na'am !! Semuanya. Tiada apa yang bisa hamba sembunyikan daripadaMu.

Adik-adik ku yang masih jauh lagi perjalanan mereka di alam persekolahan, takkan ku biar kan mereka ketinggalan. Akan ku gagahi langkah ini untuk membawa mereka ke menara gading. Ya !! Itu lah bekalan yang mampu dibawa kelak. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, sekarang aku telah mendapat kerja yang begitu baik. Walaupun tidak sehebat mana tp aku bangga. Dengan jumlah gaji yang tidak seberapa, aku mampu melaksanakan tanggungjawab ini. Terbukti aku mampu melakukannya !! Alhamdulillah.

Bermulanya saat ini, tika ini, aku akan terus berbakti kepada mereka. Walaupun aku masih tiada harta tetapi mereka lah yang menjadi harta yang perlu aku jaga selagi mereka masih ada. Hingga hujung nyawa. 
PASTI !!
 Andai waktu masih ada, izin kan aku membalas jasa mereka sebelum ajal datang tiba yang tidak tahu bila masanya.
T_T

:: Walau sesusah mana pun hidup yang kita jalani ini, ingat lah pasti ada lagi insan lain yang lebih hebat ujian nya berbanding dengan kita. Jangan melihat orang yang berada terlalu atas kedudukannya dr kita, tetapi sentiasa lah melihat orang yg kedudukannya ada dibawah kita. Bukan kerana kita bangga apabila berada diatas drpd mereka yg berada dibawah, tetapi kerana dibimbangi andai kita terlalu melihat yang diatas itu, kita akn sentiasa menyalahkan takdir utk apa yang kita dapat ini, sedangkan andai kita sentiasa melihat yang dibawah, kita akan sentiasa terdidik untuk menjadi yang lebih baik. insyaAllah.

:: Berbakti lah kepada ke dua ibu bapa selagi mereka masih ada. Berkorban lah demi cinta buat mereka walau terkadang terpaksa menelan derita tanpa mampu untuk berbicara.
Andai anak adalah permata bagi mereka, maka mereka adalah harta bagi kita yang perlu dijaga hingga hujung nyawa.

'' Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil
(professional atau ahli). Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk
keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza
Wajalla. '' — (HR. Ahmad)



                                             


No comments:

Post a Comment