Thursday 28 March 2013

Jika Aku jatuh cinta


:: Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan Aku jalan,
Agar Kau tunjukkan Aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah Aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah Aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan Aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar Aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya & buat diriku,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

:: Ya Allah,,,
Ketika Engkau berikan rasa cinta di hatiku,
Aku tahu tidaklah Engkau inginkan keburukan untukku.

Ya Allah,,,
Jadikanlah orang yang seharusnya Aku cintai menjadi orang terbaik dimata_Mu.
Menjadi orang yang selalu mengingat_Mu.
Sehingga Aku pun melihatnya sebagai orang terbaik.
Orang yang akan selalu Aku kagumi.
Dan jadikanlah cintaku tulus padanya kerana_Mu.

Ya Allah,,,
Kuatkanlah iman orang seharusnya Aku cintai.
Jadikanlah ia pemimpin yang bertanggungjawab.
Jadikanlah ia orang yang lembut dan penyayang
Agar tumbuh semakin kuat perasaan cinta ini padanya

Ya Allah,,,
Hilangkanlah perasaan cintaku pada orang yang tidak boleh Aku cintai.
Hilangkanlah pengharapan yang selalu Aku mohonkan kepada_Mu.
Jadikanlah kekaguman ini sebagai sarana agar Aku lebih dekat pada_Mu.
Aku tunduk pada takdir dan pada kekuasaan_Mu.
Bersihkan hati ini dan luruskanlah hanya pada yang Engkau redhai.

Ya Allah,,,
Bila suatu hari Engkau izinkan Aku bersama seseorang yang Aku cintai, 
Semoga itu akan semakin menambah rasa cintaku pada_Mu.
Biarkan rasa ini hanya untuk dia yang pantas Aku cintai.
Jadikan cinta ini hanya pada dia yang membuat Aku semakin mencintai_Mu

Tuesday 22 January 2013

Andai waktu masih ada

Ya Allah. Sungguh !! Aku benar-benar sudah tidak mampu lagi untuk bertahan. Hampir 2 tahun Ya Allah. Setiap kali aku menanti hari esok, setiap kali itu lah aku bertambah lemah untuk melangkah. Andai kaki ini bisa berlari, ingin sekali aku berlari. Jauh meninggalkan segala masalah yang sedang menghantui diri.
Benar. Aku lemah !! Aku cuba untuk bertahan. Tetapi aku tewas !! Kehidupan lalu banyak melenakan aku dalam dakapan maya sekaligus membuatkan aku jauh di alam mimpi yang penuh dengan khayalan. Kini baru aku sedar erti sebenar kehidupan..

Nah !! Aku tewas lagi !! 

Di saat sahabat yang lain sedang gembira melewati zaman remaja mereka, aku disini sedang menggalas suatu tanggungjawab yang amat besar bagiku. Sedang sahabat lain merencanakan impian masing2 selepas tamatnya pengajian yang lalu, aku disini hanya mampu menitis kan air mata berlagu pilu. Sebak rasanya apabila tidak mampu untuk bersama-sama mengerjar cita2. Menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Aku akur. Mungkin ini jalan takdirku.

Aku cuba untuk merenung kembali dengan apa yang telah aku jalani ini. 
Ya !! Andai bukan saat ini kesempatan untuk aku mendapatkan apa yang aku ingin kan, aku pasrah, aku redha. Andai saat ini aku harus mengorbankan usia ku untuk berbakti kepada kedua-ibu bapa, maka itu lah yang terbaik ''wajib'' aku pilih. Aku perlu meneruskan langkah walaupun hampir saja aku tersungkur . 


Aku menguatkan langkah demi Ayah. Ya !! Ayah yang SANGAT aku sayangi. Dia lah pengubat hati dikala aku berduka lara. Ya Allah. Aku ingin menjadi anak yang solehah tetapi tetap saja selalu aku tidak mampu untuk menjaga hati mereka. Aku tidak mampu membahagiakan mereka sepertimana mereka telah membahagiakan aku suatu ketika dahulu. Benar lah ya Allah, ibu@ayah bisa menjaga ramai anak2nya tetapi anak yang ramai belum tentu bisa menjaga ibu@ayah yang seorang. Aku berpegang pd kata-kata itu bukan kerana aku melepaskan tanggungjawab yang sedang aku galasi ini tetapi adalah kerana aku sedang laluinya tika ini. 

Ayah tidak mampu lagi untuk mencari rezeki buat kami. Aku lah yang terpaksa menggantikan tempat ayah untuk menyara keluarga. SubhanAllah, baru ku tahu erti tanggungjawab yang sebenar. Andai dulu hanya ibu yang tidak bekerja kerana menguruskan keluarga, kini ayah pula diurus oleh ibu kerana tidak mampu lagi untuk bekerja. Allahuakhbar !! Besar sungguh ujian buat hambaMu ini.
Namun, aku sangat2 bersyukur. Kerana sememangnya aku tidak keseorangan. Aku ada peneman. Sentiasa menemaniku pada bila2 masa, dimana2 sahaja. Ya !! Aku adaMu, ya Allah. Aku tahu Engkau Maha mengetahui tentang apa yang hambaMu luahkan & apa yang hambaMu pendam kan. Takkan pernah bisa untuk hamba menzahirkan segala2nya tetapi hamba yakin Engkau mendengar & mengetahui segala2nya walaupun tanpa perlu utk hamba berbicara.
Na'am !! Semuanya. Tiada apa yang bisa hamba sembunyikan daripadaMu.

Adik-adik ku yang masih jauh lagi perjalanan mereka di alam persekolahan, takkan ku biar kan mereka ketinggalan. Akan ku gagahi langkah ini untuk membawa mereka ke menara gading. Ya !! Itu lah bekalan yang mampu dibawa kelak. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, sekarang aku telah mendapat kerja yang begitu baik. Walaupun tidak sehebat mana tp aku bangga. Dengan jumlah gaji yang tidak seberapa, aku mampu melaksanakan tanggungjawab ini. Terbukti aku mampu melakukannya !! Alhamdulillah.

Bermulanya saat ini, tika ini, aku akan terus berbakti kepada mereka. Walaupun aku masih tiada harta tetapi mereka lah yang menjadi harta yang perlu aku jaga selagi mereka masih ada. Hingga hujung nyawa. 
PASTI !!
 Andai waktu masih ada, izin kan aku membalas jasa mereka sebelum ajal datang tiba yang tidak tahu bila masanya.
T_T

:: Walau sesusah mana pun hidup yang kita jalani ini, ingat lah pasti ada lagi insan lain yang lebih hebat ujian nya berbanding dengan kita. Jangan melihat orang yang berada terlalu atas kedudukannya dr kita, tetapi sentiasa lah melihat orang yg kedudukannya ada dibawah kita. Bukan kerana kita bangga apabila berada diatas drpd mereka yg berada dibawah, tetapi kerana dibimbangi andai kita terlalu melihat yang diatas itu, kita akn sentiasa menyalahkan takdir utk apa yang kita dapat ini, sedangkan andai kita sentiasa melihat yang dibawah, kita akan sentiasa terdidik untuk menjadi yang lebih baik. insyaAllah.

:: Berbakti lah kepada ke dua ibu bapa selagi mereka masih ada. Berkorban lah demi cinta buat mereka walau terkadang terpaksa menelan derita tanpa mampu untuk berbicara.
Andai anak adalah permata bagi mereka, maka mereka adalah harta bagi kita yang perlu dijaga hingga hujung nyawa.

'' Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil
(professional atau ahli). Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk
keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza
Wajalla. '' — (HR. Ahmad)



                                             


Sunday 20 January 2013

Seindah mawar berDURI

Satu kisah seorang wanita bersama mawar berduri..


Ada seorang perempuan ni yg sangat suka kecantikkan dan keharuman bunga mawar.. Setiap hari dia akan mengunjungi kedai bunga hanya untuk melihat bunga mawar kesukaannya.. Satu hari ia terfikir "alangkah indahnya kalau bunga2 mawar itu ditanam dalam bilik ku.. Supaya kecantikkan bunga yg aku gemar itu adalah milik aku sahaja bukan dengan menumpang kepunyaan orang lain.." lalu ia pun membelinya dan cuba menanam sepokok bunga mawar, dia nampaknya bersungguh2 utk melakukannya.. Mcm2 persiapan telah disediakan seperti baja, setiap hari dia menyiram pokok bunga tersebut kalau perlu dibaja dia baja..


Pendek kata dia memang menjaga dengan teliti sampaikan jika ada rumput2 kecil yg tumbuh di tepi2 itu dia akan cabut.. Satu hari dia terlihat duri2 kecil mula memenuhi di batang pokok bunga mawar tersebut, lalu ia berkata sendirian "mengapa mesti ada duri yg hodoh ni pada pokok bunga yg cantik ni?"..lalu ia pun berfikir bila bunga itu besar nanti mesti tangannya akan terluka dan disakiti dek kerana duri2 kecil itu..selepas pada itu, dia pun tidak lagi menyiram pokok bunga tersebut.. Semakin hari semakin layu pokok bunga itu akhirnya kering menyembah bumi..



Kehidupan kita pada hakikatnya seperti tadi, terdapat keindahan dan kesusahan pada permulaan langkah untuk berjaya lebih2 lagi pada ketika kita hampir kepada keberhasilannya..setelah kita bersusah payah sampailah ke tahap skrg perlukah kita berhenti setengah jalan begitu sahaja? berusahalah dan terus berusaha insha Allah kejayaan akan menjadi milik kita.. Samalah juga kita ibaratkan duri 2 adalah ujian dlm hidup kita, jika Allah uji kita dengan perselisihan fhm dengan teman kita, apa saje bentuk ujian pun.. Kita perlulah bersabar, walaupun hati kita terluka cubalah bersabar..Allah uji kita ikut kadar yg ditentukan, kalau kita sabar dlm memperoleh mawar2 itu kita akan mengabaikan duri2 kecil yg dianggap menganggu kita bahkan kita akan memikirkan bagaimana mahu menangani duri2 itu.. Jangan sampai kerana sedikit ujian itu lalu kita lemah utk mendapatkan sesuatu yg indah..

Aku cemburu padamu

Aku cemburu padamu yang selalu khusyuk dalam setiap sujud panjangmu..
Aku cemburu padamu yang selalu meluangkan waktu untuk menghisab dirimu..
Aku cemburu padamu yang tak letih menghayati setiap bacaan Al'quranmu..
Aku cemburu padamu yang setiap malam membasahi sajadahmu..
Aku cemburu padamu yang tak kenal lelah dalam berjuang..

Aku cemburu padamu yang selalu sungguh-sungguh dalam setiap amanahmu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga lisanmu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga matamu..
Aku cemburu padamu yang selalu dapat menjaga hatimu..
Aku cemburu padamu yang selalu bersahaja dalam keseharianmu..
Aku cemburu padamu yang selalu tersenyum disaat susah dan senangmu..
Aku cemburu padamu yang tak pernah berubah saat kau dipuji ataupun dicaci..
Aku cemburu padamu yang hafal Al'quran dan bersikap seperti diajarkan dalam Al'quran.

Aku cemburu padamu yang cinta akhirat namun tak melupakan duniamu..
Aku cemburu padamu yang mencintai orang tuamu melebihi dirimu sendiri..
Aku cemburu padamu yang selalu bermanfaat bagi orang lain..

Aku cemburu….
Benar-benar cemburu….
Tapi aku hairan,,kenapa kamu selalu cemburu kepadaku?
Aku ingin sepertimu,,namun kamu ingin sepertiku...

Tapi ingatlah...
Ini bukan hal yang negatif...
Jika kita berpikir positif,,maka ini adalah hal yang positif

Semoga kita saling MEMOTIVASI...
Saling CEMBURU untuk merebut perhatian pemilik CINTA ini...
Mudah-mudahan kita memperoleh CINTA itu...

Wanita dan Tulang Rusuk Lelaki


Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam AS saat Adam terjaga,

pastilah Adam akan merasa sakit keluarnya Hawa dari rusuknya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh sebab itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaan, dengan hati dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia MEMANG diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

Jangan sesekali membenci wanita itu dek kerana kamu pernah dikecewakan olehnya.. Dek kerana kamu benci akan sikapnya.. Jangan pernah berkata perempuan agak menyusahkan dan kadang2 memberi satu tekanan ! Ingat lah ibumu juga wanita.. kamu juga dilahirkan dirahim suci seorang ibu yg bergelar wanita agr kamu bisa melihat dunia.. Jangan terlalu ego wahai kaum Adam.. Tekanan itu dtg adalah sebagai suatu ujian dimana kamu sedang dinilai oleh Penciptamu utk menghadapinya.. Sungguhpun kami digolongkan wanita akhir zaman, engkau tetap menjadi pelindung, ketua dan apa jua yg telah Allah tetap kan atasmu terhadap kami.. Andai teruk kami, maka teruk jgk la kamu.. Andai baik kamu, maka baik jgk la kami..

Sayangi lah wanita.. kerana tercipta nya wanita dr rusuk lelaki.. Bukan dr kaki utk dialasi, bukan dr kepala utk dijunjung, tp dekat dibahu utk dilindung, dekat jua dihati utk dikasihi, dia lah wanita hiasan duniawi..

Indah nya KASIH SAYANG...


Pada suatu hari di sekolah.. Seorang murid bertnya kepada seorang guru.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih KASIH SAYANG..


PELAJAR : ''cikgu, mcm mane kita nk pilih seseorang yg terbaik sbgai org yg paling kita sayang??? mcm mane jgk, kasih sayang nk berkekalan??

CIKGU : Ok... kamu ikut ape yg sy suruh... kamu pergi ke padang dan kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg walaupun sekali.. dan petik rumput yg paling cantik.. bwk ke kelas...


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas.... tiada sehelai rumput pn berada di tgn murid tersebut...lalu ckgu bertnye....


CIKGU : knpe tiada rumput yg dipilih???

PELAJAR : Td semasa sy berjln, sy mencari rumput yg paling cantik.. memg ada byk yg cantik..tp ckgu kata petik yg paling cantik.... maka sy pn terus berjln ke depan sambil mencari yg paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lg... tetapi apabila sampai di penghujung padang, sy xjumpe pn yg paling cantik... mgkin ada di belakang sy td rumput yg paling cantik.. tp td cikgu ckp xbole menoleh ke belakang semula..

CIKGU : ya.... itu lah jawapan nya... memg apabila kita telah berjumpa dgn seseorg yg kita sayang dan jgn lah kita menoleh, mencari yg lebih baik dr itu.. kita patut hargai org yg ada di hadapan kita sebaiknya, jika ianya memg yg terbaik utk kita.. jgn lah kita menoleh ke belakang lg krna yg berlaku tetap berlaku.. sememangnya yg berlaku xkn berulang lg...


kesimpulannya : kasih sayang itu indah... sayangilah org dgn seikhlasnya.. krna ia adalah pengubat jiwa di kala suka mahu pn duka... ('',)

Jendela Hati

Jendela hati ku pedih merintih..

semakin hari semakin mendidih..
airmataku xmampu lg menitis..
namun jiwa ku xjemu menangis..

ku pujuk hatiku nan sebak..
namun gelora makin mendesak..
ku harap mendung bisa berubah..
agar mentari bisa menjengah..

harus kah kecewa hadir menjelma,,
setelah bahagia sekian lama???
apakah aku punca sengketa??
menghapus ceria mencetus derita..

betapa aku tdk berdaya..
menyimpul kembali ikatan cinta..
hanya berserah pd yg ESSA..
krna cintaku pd SYURGANYA..

mengapa kah kasih makin menjauh??
sedang kan kapal masih bersauh..
mampu kah bersama melayar bahtera...
menggapai impian di dunia sementara..

meraih kasih abadi NYA di sana..
andai cinta NYA tiada bertahta..

YA ALLAH,,
apakah ini satu dugaan??
atau balasan dosa semalam??
ku mohon petunjuk MU TUHAN...
agar di permudah kn perjalanan..
akur dan patuh ats ketentuan..

YA RABBI...
kembali kan lah sinar kebahagiaan..
agr terang lorong kehidupan..
ku sujud demi MU AR RAHMAN..
Maha Pengasih..Maha Penyanyang...
ku mendamba cinta MU AR RAHIM..
mohon simpati..moga diberkati...

=_=